BUTTERFINGERS
1.Firstly,apa khabar dan perkembangan terbaru BUTTERFINGERS?
Baik ,butterfingers sedang sibuk membuat promosi album dlm dan luar internet. Kami baru sahaja selesai distribute single 1000 tahun untuk dimainkan dlm radio.Buat masa skrg,,pergerakan kami masih lagi agak underground tetapi satu hari nanti akan menembusi radio jua.

2.Line up terkini pada masa ini , rasanya tiada perubahan?kalian semua berasal kg di mana ya?
Tiada perubahan line up kami kekal basic combo iaitu loque,emmett,kadax dan loko.Kami berasal dari kuala lumpur.


3.Pandangan tentang projek album terbaru KEMBALI yg bakal diterbitkan dari segi teknikal rakaman dan pemasaran,yg dilihat menggunakan pendekatan lebih D.I.Y?
KEMBALI adalah satu album 'sunshine'. Ia adalah cermin kepada album 'STD',contohnye tajuk lagu "Kabus Ribut' dlm album Kwmbali ialah Terus Terang. Senang cerita Selamat Tinggal Dunia vs Kembali.Kami merakamkan album ini distudio Kings menggunakan teknik digital.Kebanyakannya adalah trial and error dan sedikit experimental. Semua audio tracks/layers disimpan dlm harddisk. kami juga menggunakan drum pad disebalik penggunaan drum set betul. Rakaman mengambil masa 10 hari 10 malam, 24jam berkurung didlm studio tiap2 hari pada bulan August tahun 2007. Rekod paling cepat satu album pernah disiapkan oleh Butterfingers.

4.Apakah ada sebarang perubahan dari segi muzikal antara dulu dan BUTTERFINGERS pada hari ini?
Memang bnyk perubahan dan kami rasa semua peminat boleh menjadi saksi terhadap peralihan itu.Semuanya bermula apabila kami ada lagu sendiri dan mahu berkongsi dengan peminat muzik.Pada waktu itu, satu cara untuk menapak didlm industry music ialah bermain dahulu didalam underground scene.Sambutan tersangatlah superb kami menerima ramai sambutan kerana org suka akan music yang kami bawakan.Kami bukan underground band lagi apabila menjadi artis dibawah EMI.Muzik kami berubah dari 1.2 Miligams,Butterworth Pushful,Transendence,Malayneum dan Selamat Tinggal Dunia.Pada masa yg sama, tujuan kami mencipta lagu bukanlah untuk menunjukkan kuasa atau nak tunjuk gempak atau menjadi local favourite band kononnya tapi sebaliknya apa yg kami mahukan adalah kepuasan bermain muzik. Kami sayang band ini dan muzik adalah dunia kami. Erti Selamat Tinggal Dunia sebenarnya ialah meninggalkan buat sementara karier muzik kerana kami sudah berjalan agak lama,destinasi kami masih lagi jauh dan kami perlu berehat itu sahaja. Dan skrg setelah puas berehat kami 'Kembali'dengan album baru bersama nafas dan suntikan baru yg diserap puas2 semasa waktu rehat itu. Kami juga tidak tidak mahu orang menilai kami sebagai band grunge,rock apatah lagi rock hang-kang kerana muzik kami sukar untuk dikategorikan,pengaruh muzik dan ideology kami bertukar mengikut arus pemodenan. Yang pasti apa2 muzik yg dihasilkan kami pastikan signature butterfingers itu serupa supaya hubungan dengan peminat yg menyukai kami dari album pertama dapat berkekalan.


5.Bagaimana perasaan dan reaksi apabila dapat bekerjasama dengan legend Pak Kassim Masdor terlibat dalam rakaman lagu-lagu terakhir butterfingers, dan sebagai pemain muzik jemputan untuk lagu "MERDEKA" yang memperlihatkan kebolehan Loque sebagai pencipta muzik berirama keroncong.
Kami kagum kerana Pak Kassim adalah seorang warga emas yg terbaik dan beliau tahu bagaimana untuk berkerjasama dengan orang yang lebih muda separuh umurnya. Kami bukannya ingin bermain muzik dengan beliau semata-mata kerana itu sudah tidak penting lagi tetapi sebenarnya ingin belajar dari orang lama erti sebenarnya berkecimpung didalam bidang muzik dan halangan yang perlu ditempuhi. Kami jadikan ini sebagai satu 'Bengkel' untuk meneruskan perjuangan.


6.Bagaimana dgn reaksi/sambutan crowd yg hadir apabila BUTTERFINGERS beraksi on stage?
Sentiasa PADU!!

7.Perancangan untuk menghasilkan sebarang material berbentuk T-shirt,Poster,stiker dalam masa terdekat?
Banyak perancangan.Untuk sekarang,,kami tidak boleh memastikan semuanya kerana ada beberapa perkara lagi yang hendak diselesaikan tetapi jikalau ada akan kami post buletin diruangan Myspace, facebook, butterfingerstheband.blogspot.com,youtube/butterfingerstheband dan laman rasmi kami yang dlm proses reconstruct tetapi akan siap dlm sedikit masa lagi.

8.Selain bermain muzik,apakah kerjaya anggota band ini?
Pekerjaan harian 9-5 adalah 'bread and butter'suatu kehidupan.Emmett dan kadax bekerja didalam sektor swasta,loko bekerja didalam sektor awam manakala Loque sedang sibuk menghabiskan pengajiannya di Amerika Syarikat.

9.Antara band favourite (Oversea) korang sejak awal bermain muzik sehinggalah sekarang?
Beatles, Radiohead, Smashing Pumpkins, The Verve, Foo Fighters, Stone Roses, Lemonheads, RHCP, Sebadoh. Susah nak terangkan kerana kami dengar bnyk jenis muzik asalkan lagu dan rakaman lagu tu PADU!!

10.Pandangan peribadi terhadap perjalanan music scene UG sekarang berbanding 15 tahun dulu?
Adoih,,ingatkan ringkas tapi bnyk lagi ye soalan2 nih/.susah plak tuh ..hahaha...

11.Di Malaysia pada hari ini banyak band baru yg tumbuh mcm cendawan (satu perkembangan yg sihat),kelihatan seperti zaman mula2 scene di Negara kita mula2 naik dulu,BUTTERFINGERS sebagai band primier apakah saranan atau panduan kepada pelapis2 baru ini,khususnya dlm memperjuangkan irama berat?
Adalah satu kebetulan dan petanda baik butterfingers kembali didlm era indie ini dimana ia menjadi ikutan ramai. Kami sudah pun bebas dari penjara EMI dan kami kembali kepetak pertama iaitu kubu kami sendiri. Dengan bantuan internet dan fanbase yg ramai,,perjuangan adalah lebih mudah untuk dilaksanakan. Kami percaya sebagai seorang insan yang tergolong dlm masyarakat berfikiran terbuka,keikhlasan adalah kunci suatu kejayaan.

12.Ada tak,kenangan korang belajar di Malay College Kuala Kangsar dulu2?
Alma mater dan nostalgia belajar dibumi kuala akan sentiasa terbuku didlm sudut hati kami sehingga akhir hayat.

13.Port makan paling disukai sekitar Pekan Kuala Kangsar semasa zaman study?
Restoran Saudiah, Yut Loy, Stesen Keretapi.

14.Antara Fanzine yang diminati semasa zaman 90-an?
-Tiada-

15.Pernah tak jamming kat studio mana2 di Kuala Kangsar semasa zaman study?
Mana2=takda,,satu=ada.Zai Am studio.Disitulah kami bermain muzik tiap minggu lepas lunch dari 2-4petang. Ada satu weekend tuh kitaorg jamming sampai terlupa plak petang ada friendly match rugby lawan STAR. Terus lari balik cepat2 keKoleq gila cuak budak2 STAR dah atas padang.kitaorg plak terhegeh dgn pakaian putih dan agak basah..sampai dorm trus tukar games attire turun padang dan start warm up. Nasib menang cayalah..12-0 berbaloi lah weekend tuh.

16.Makanan dan minuman yg menjadi favourite korang?
N.G.A,T.A(nasi goreng ayam,teh ais)


17.Harapan korang bagi tahun 2008 nie seiring dengan perjalanan karier muzik BUTTERFINGERS di Malaysia?
Tiada harapan pada tahun ini,album KEMBALI adalah satu album 'Let It Be' bagi kami. Takda apa yg hendak diusahakan,biarlah ia mencapai tahap kematangan dan berdiri dengan sendiri. Kami percaya KEMBALI boleh pergi jauh lagi dari Transcendence kerana jiwa kami yg bebas,lagu biasa je tapi best,lirik sempoi tapi bermakna. Terpulanglah kepada loyal butterfingers fans dan pendengar untuk menilainya.

18.Last,aku harap BUTTERFINGERS terus steady memperjuangkan irama GRUNGE dlm scene tempatan,ada last words untuk pembaca zine aku nie?(aku masih simpan lagi kaset ori 1.2 Milligrams yg dibeli tahun 1997).
Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yg telah menyokong pergerakan butterfingers sejak hari satu.Album kami akan keluar pada 6.7.08 dan kami akan terus berjuang demi muzik.singgahlah di:- http://butterfingerstheband.blogspot.com/myspace/
butterfingersfacebook/butterfingersyoutube/butterfingersthebandmaklumat terkini dan segalanye berada distusupport butter movement!


 

--